June 26, 2009

Menghilangkan bau badan

Ambil limau nipis atau limau purut, ramaskan bersama air mandian. Siramkanlah air mandian tersebut keseluruh badan. gosok-gosokkan terutama bahagian ketiak. Biarkan seketika dan bilas. Amalkan setiap kali mandian. Insyaallah badan anda tidak akan berbau. Tak perlu menggunakan ubat antikeringat.

June 24, 2009

Siapa yang lebih menyayangimu....


“Astaghfirullah, aku kata Allah Akbar, Allah Maha Besar, aku mengaku bahawa semua perkara kat dunia ni kecil2 belaka, Allah Yang Maha Besar. Tapi, dalam solatku, masih tidak khusyuk!” mengutuk diri sendiri, selepas solat fardhu pada hari itu.
Kemudian,
Solat fardhu seterusnya,…………………………….
“la.. sama je macam solat sebelum ni! Ingat lagi benda2 lain! Tak khusyuk langsung!”kecewa dengan kesilapan lama.
Susah hendak berubah, lantaran lemahnya kekuatan iman dalam menggerakkan diri untuk berubah!
Begitulah lumrahnya, iman naik dan turun. Bagaimana jika kematian menjemput semasa iman sedang turun?

CINTA ALLAH
‘ku dambakan cintaNya’ ku baca status seorang rakan di ym.
‘ya Allah, kurniakanlah ku cinta Mu’ tulisan dalam blog seseorang.
Ya, Alhamdulillah, syukurku kerana kesedaran orang Islam dalam mencari cinta Allah yang lebih hakiki dan abadi.
SECEBIS KISAH
Firman Allah yang bermaksud;
“pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (‘Abasa:36-37)
begitulah realiti Hari Qiamat, yang dimaklumkan di dalam Al-Quran.


Ulama’ meriwayatkan, mafhumnya;
Pada hari Akhirat, seorang hamba Allah ditimbang amalannya. Hasilnya, masih perlu sedikit lagi kebaikan untuk membolehkannya masuk syurga. Allah berfirman, “carilah saudara-saudara kamu, dan mintalah sedikit kebaikan dari mereka.”
Lalu, si hamba Alllah ini pun merentas padang mahsyar, mencari semula saudara-saudaranya,
“abang Long, Kak Ngah, dulu kat dunia dulu, abang Long, Kak Ngah sayang sangat kat adik, tolong adik jalan-jalan, belikan adik hadiah, sekarang ni, boleh tak adik nak minta sedikit pahala dari abang Long, Kak Ngah?”
“adik, abang Long, Kak Ngah pun takut macam apa yang adik takut,”jawab saudaranya.

Lalu, dia mencari dan menemui ibunya,
“mama, kat dunia dulu, mama sayang sangat kat adik, kan? Kalau adik sakit, mama sanggup tak tidur malam sebab nak jaga adik, adik sayang sangat kat mama. Mama, boleh tak mama bagi kat adik sedikit kebaikan? Adik tak nak masuk neraka! Adik takut!”
“adik, mama pun takut macam yang adik takut,”jawab ibunya, lantas meninggalkannya.

Lalu, dia mencari dan menemui ayahnya.
“papa, adik tau, papa sayang kat adik. Papa selalu belikan kat adik hadiah kalau adik dapat nombor 1. Adik pun sayang kat papa jugak. Boleh tak papa bagi kat adik sedikit kebaikan?”
“adik, papa pun takut macam yang adik takut,”ayahnya menjawab.

Lalu, dia mencari dan menemui isterinya.
“isteriku sayang, abang tau yang sangat cintakan abang,kan? Dulu, susah senang kita bersama, membina mahligai indah bersama-sama, kan? Sama-sama besarkan anak-anak kita yang comel-comel tu. Sayang, boleh tak bagi kat abang sedikit kebajikanmu?”
“bang, yang pun takut macam abang jugak…”balas isterinya.

Lalu, dia bergegas dan menjumpai anaknya.
“anakku sayang, ingat ayah lagi tak? Ayah sayang tau kat acik. Acik pun sayang kat ayah, kan? Ayah ingat lagi, acik sanggup korbankan bermain-main dengan kawan-kawan sebab nak jaga ayah kat hospital. Acik, boleh tak acik bagi kat ayah sikit amalan acik?”
“acik pun takut apa yang ayah takut,”balas anaknya.

Buntu, si hamba ini mengadap Allah.
“ya Allah, aku telah meminta sedikit kebaikan dari saudaraku, tapi, tak seorang pun yang sanggup memberikan kebaikan mereka kepada ku.”

Allah menjawab dengan Rahimnya,”wahai hambaKu, sesungguhnya Ku lebih menyayangimu berbanding mereka. Wahai malaikatKu, kau ambillah hamba Ku ini dan kau masukkanlah dia kedalam syurga.”
ALLAH sayang sangat-sangat kat hambaNya!

PENGAJARAN HADIS
Daripada Anas bin Malik , bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda “Tidak sempurna iman seseorang dikalangan kamu sehingga dia mencintaiku lebih daripada dirinya sendiri, anaknya, keluarganya dan manusia keseluruhannya”
(riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam An-Nasaa’i, Imam Muslim dan Imam Ibnu Majah)
Allah sayangkan kita, tapi bagaimana nak dapatkan kasih sayang Allah? bagaimana nak cintakan Allah?

CARA CINTAI ALLAH
Firman Allah yang bermaksud,
“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (surah Ali ‘Imran:31)
Ikutlah Nabi Muhammad, nescaya, diri ini akan dicintai Allah!
Itulah kata kuncinya.

CABARAN
Badan penat, katil empuk.. tiba-tiba, azan berkumandang..
Teruskan terbaring hingga tertidur, atau terus bangkit dan tunaikan kefardhuan di Masjid?
Ya, Nabi Muhammad menunaikan solat fardhu di masjid!
ya, Nabi Muhammad khusyuk dalam solat!
Nak dapat cinta Allah? Mesti ikut Nabi Muhammad SAW!
Kata-kata mudah dilafazkan dari lidah yang tak bertulang.
Sudah banyak berteori, pelaksanaannya bagaimana?
“ya Allah, ku mengadu kepadaMu tentang imanku yang sering naik dan turun. Kau mudahkanlah diriku mengikuti Nabi Muhammad SAW. Sediakanlah tempat di hatiku untukMu, anugerahkanlah perasaan cintaku kepada Mu.” -ameen- (sumber: http://kalam-puncak.blogspot.com)


June 21, 2009

SIFAT QANA’AH DIDIK JIWA SENTIASA BERSYUKUR


QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”Allah berfirman yang bermaksud:“Barang siapa yang mengerjakan amal salih, baik lelaki, mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Surah al-Nahl, ayat 97)Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia ini antara lain ialah pertama, berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan. Kedua, percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang pemurah dalam masyarakatnya.Dalam sejarah umat Islam, tercatat beberapa kisah mereka yang murah hati antaranya, diceritakan bahawa Abdullah bin `Amir membeli sebuah rumah kedai daripada Khalid bin `Uqbah dengan harga 90,000 dirham.Tiba-tiba pada malam itu, dia mendengar anak isteri Khalid menangis. Lalu dia bertanya kepada isterinya: “Apa hal mereka itu?” Kemudian dia diberitahu bahawa mereka menangis kerana rumah mereka yang dijual.Lantas Abdullah berkata kepada pembantunya: “Pergi dan suruh mereka datang ke sini.” Selepas mereka datang lalu dia terus menyatakan bahawa ambillah rumah itu kembali dan duit itu juga untuk kamu.Dalam situasi dan ekonomi yang dihadapi umat manusia hari ini, alangkah beruntungnya umat Islam yang mendapat bimbingan daripada ajaran agamanya yang suci supaya tidak mengurus urusan dunia ini dengan kacamata keinginan nafsu semata-mata sebaliknya menjadi pengguna yang bijak , berhemat dan tidak tamak. Jadikanlah sifat qanaah yang mulia ini sebagai senjata untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup dunia sementara ini.


June 19, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak...tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

June 7, 2009

Mitos Pemakanan Sihat


sumber: http://www.kesihatan.biz/
Seperti yang anda sudah ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:
1. Bersenam dengan perut kosong.
Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.
2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.
Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.
3. Tidak mengambil sarapan pagi.
Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapanpagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepatmungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.
4. Diet rendah karbohidrat.
Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.
5. Makan apa saja yang anda mahu.
Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakanapa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.
6. Kalori tidak mencukupi
Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.
7. Kurang minum.Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif.
Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik.


How to gain Khushu in Salat



source: http://www.zaharuddin.net/
By Dr. Mamdouh N. MohamedAssociate Professor at the American Open University

What is Khushuu'?
Khushuu' during Salaat is misunderstood by some people as crying and weeping. Rather, it is the presence of the heart during an act of ‘ibadah. When a person's heart is fully occupied of what he says or hears, he is in a true state of khushuu'. The concept of Khushuu' in Salaat is very essential.
1- It is a vital factor in making a person successful in this life and in later life."Indeed, the believers, who have khushuu' in their Salaat, are the winners." قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون
2-It is a contributing factor for the acceptance of Salaat.
3- It is a way to gain more rewards from the Almighty Allah; the more the khushuu' a person has, the more rewards he gets.
4- Without Khushuu' the heart cannot easily be purified.Ways to Gain Khushuu'
A. Pre-Salaat
1- A Muslim should know his Lord very well. Knowing whom one worships makes a person a better worshipper. Having clear and authentic knowledge about Allah increases His love in our hearts. Consequently, faith also increases.
2- Avoiding major and minor sins is very helpful in gaining Khushuu', as the heart becomes more receptive to the words of Allah during and after Salaat.
3- Reciting the Qur'an frequently and consistently softens the hearts and prepares it for Khushuu'. Hard hearts do not gain Khushuu'.
4- Minimize attachment to worldly matters. Gearing one's intentions towards the Afterlife helps against the temptations of life.
5- Avoid excessive laughter and useless arguments as they harden the heart and lead to heedlessness.
6- Stop working as soon as you hear the Azaan. When you listen attentively to the call of Salaat repeat after the muˆz-zin then offer the relevant supplication. This prepares you for a smooth transition from the business with worldly matters to the business with Salaat.
7- Performing wuduuˆ immediately after hearing the Azaan prepares you for the pending Salsat. Wuduuˆ also works as a buffer zone before engaging in Salaat.
8- Going to the mosque early for praying and continuing mention of Allah drives Satan away and help gain concentration.
9- The waiting time for the congregational Salaat helps create a buffer zone between the state of mind before Salaat and the state of during Salaat.

B. During Salaat
1- The Iqaamah itself is a final signal to the mind to be well prepared for performing the actual Salaat. Remember what the messenger of Allah said to Bilal (ra) "Let us enjoy the comfort of the Salaat."
2- When you stand facing the Qiblah remember the following:a. It might be the last Salaat in your life. There is no guarantee to live longer to catch the next Salaat. b. You are standing between the hands of Allah, the Lord of the worlds. How can you be busy with something else?c. The angel of death is chasing you.
3- Do not forget to make isti'azah. It wards off Satan's whispers.
4- Keep your eyes focused on the place of sujuud. This helps you gain more concentration.
5- When reciting the Fatiha, try to recall the response of Allah to you after every ayah you say. (When you say: "al-hamdu lillahi rab-bil ‘alamin) Allah responds: "My servant praised me." etc. This feeling of speaking to Allah puts you in the right mood of khushuu'.
6- Beautifying the recitation of the Qur'an has a positive impact on the heart.
7- Recite the Qur'an slowly and reflect upon its meaning deeply.
8- It is recommended to change the suras that your recite from time to time to avoid the mechanic-like state of repetition.
9- Alternate between the various authentic sunan such as proclaiming a different opening supplication in every Salaat.
10- Undoubtedly, understanding Arabic helps you focus on the intended meaning.
11- Interact with the recited aayahs; a. if you hear an ayah about Allah, glorify Him by saying "Subhaana Allah"; b. If you hear an ayah about Hellfire, say "a'uuthu billaahi mina-n-naar". c. If you hear a command to make istighfaar, do it.d. If you hear an ayah that requests tasbiih, make tasbiih.12- These forms of interactions are very helpful in keeping you focused.
13- When you prostrate, remember that this position brings you closer to Allah. Seize the opportunity to make sincere du'aaˆ. Invest these moments in making sincere supplications.

C- Post-Salaat
a. When you make tasliim, make istighfaar to Allah as you might have made during Salaat.
b. When you praise Allah, thank Him from the bottom of your heart that you have experienced the beauty of Salaat in your heart. Getting used to this habit prepares your for the next Salaat, as you will always be eager to focus in your prayer.
c. One perfection leads to another perfection. If some one perfects his Salaat once, he would be self-motivated to continue on the same level.May Allah fill our hearts with khushuu' - Aameen.

June 4, 2009

Bahaya pujian



Hari ini aku mendengar cerita dari seorang sahabat...beliau banyak menyentuh tentang sikap manusia hari ini...Just nak kongsikan bersama sebagai ingatan buat diriku dan semua sahabat yang sudi. Rasanya butiran ceritanya bolehlah dibuat kesimpulan bahayanya pujian manusia kepada individu yang dipuji.... Pujian itu menjadikan kita bangga diri...seolah-olah di alam ciptaan tuhan ini kitalah yang paling cantik..paling seksi..paling apa lagi ye..ketika itu timbul perasaan riak..takbur sehingga kita lupa kepada pencipta kejadian tersebut.Kita lupa bahawa tiada yang layak mendapat pujian kecuali Allah.. Sesungguhnya segalapuji hanya untuk Allah..Maha suci Allah setiap pagi dan petang..Maha suci Allah yang memiliki segala kesucian, ketiggian dan pujian hanya untuknya. Kadang-kadang pujian yang terlampau boleh menyebabkan kita menghina orang lain..kita tenggelam dalam pujian dengan merasakan setiap perjalanan kita dibumi Allah ini disertai dengan rasa angkuh.."mesti orang kata aku ni cantik..segak...seksi..."Kita perlu selalu sentiasa ingat bahawa syaitan akan terus menjerumuskan hati-hati kita untuk menyuburkan sifat-sifat tersebut di dalam hati..kerana semua amalan kita adalah bermula dari seketul daging iaitu hati..Lahiriah...cantik ke..segak ke..semua tidak dinilai..itulah jasad yang dianugerahkan Allah buat kita..Apa yang kita perlu tanamkan dalam hati adalah meninggikan sifat-sifat rendah diri. memanjatkan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah..kerana anugerah Allah..menyuburkan perasaan rasa hina diri..kerana hati penuh dengan sifat-sifat mazmumah...

Ya Allah..sesungguhnya aku ini hina..aku ini alpha...aku ini penuh dengan sifat-sifat mazmumah..aku ini selalu lupa dalam mensyukuri nikmat mu...Ya..Allah sesungguhnya kau lah yang mengetahui segala-galanya..Ampunkanlah segala hambamu ini..Suburkanlah sifat-sifat rendah diri..redha dalam hatiku...Ya Allah hanya kepada mu tempat aku memohon....

Kita bukanlah yang paling layak menilai orang..Ada falsafah mengatakan..hati itu hanya Allah yang tahu..Dan ingatlah buat diri ini dan sahabat, sekali-kali janganlah kita menilai orang dengan luaran..selalulah kita bersangka baik sesama manusia..hanya itu selayaknya buat semua manusia..Ampunkan aku ya Allah....bersambung...

June 2, 2009

Pengertian Bacaan Dalam Sembahyang



Allah Maha Besar


Doa Iftitah:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,Ibadatku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidakmenyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk :

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal :

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku, kayakan daku,angkatlah darjatku,rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku danmaafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal :

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah sertakeberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Nilailah Diri Sebelum Di nilai Allah


Kita sebagai umat islam, perlu selalu menghasabah diri.. Adakah kita telah meningkatkan amalan berbanding setahun lalu..2 atau 3 tahun lalu.. Atau adakah kita sama dulu kini dan selamanya..falsafah ada mengatakan kita akan beruntung jika "hari ini lebih baik dari semalam"..Alangkah baiknya dan hebatnya jika kita boleh mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang mungkin kebiasaannya manusia ini lebih mencari peluang dalam meniti kehidupan dunia yang sementara ini.. berusaha bertungkuslumus untuk merebut peluang dunia yang mungkin datang sekali sahaja...katanya...peluang ni hanya sekali..berpusu-pusu ke hypermarket...ke pasaraya berebut peluang sempena promosi jualan hebat..diskaun sehingga 70%. Cuba sebanyak mungkin jika ada peraduan...cabutan bertuah dan sebagainya.. tetapi bagaimanakah kita merebut peluang yang ada ini untuk kehidupan akhirat yang selama-lamanya..tiada penghujung..jangan kau tanya sampai bila...selamanya..tidak terjangkau fikiran kita..Kita masih lagi diberi peluang untuk hidup di saat ini... masih dianugerahi kesihatan..tenaga fizikal. mental ...rezeki dan lain-lain..yang bermakna Allah yang maha pengasih masih memberi peluang seluasnya untuk kita merebut peluang yang diberi untuk meningkatkan amalan bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan akhirat yang kekal.
Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha penyayang.. Bagaimana jika Allah tarik peluang tersebut..kita masih hidup tetapi sakit..tiada fizikal yang sihat untuk menjalani kehidupan ini..pastinya baru kita sedar...peluang yang Allah beri sewaktu sihat...adalah peluang yang paling besar..yang tidak mungkin dapat diganti...hanya sekali...Diwaktu itu..barulah kita fikir...apakah kita telah menggunakan khudrat sewaktu sihat dengan sebaik-baiknya..Apakah amalan kita yang Allah boleh nilai..Jika Allah telah mengurniakan rezeki kepada kita... berapa banyak rezeki tersebut yang kita telah kongsikan bersama orang-orang yang memerlukan... prihatinkah kita terhadap golongan fakir dan miskin...anak-anak yatim...nilailah sendiri berapa banyak..jika kita tidak menilai...kita akan rugi kerana sebenarnya...setiap bulan gaji yang kita terima sebenarnya...tidak sedikitpun kita kongsikan sebagaimana yang diamanahkan Allah dengan rezeki tersebut...Ooo..gajiku tak banyak pun...nantilah kalau dapat bonus sket...bolehlah nak berderma..itulah alasan-alasan yang berlegar difikiran kita...sedangkan kita tidak pernah berfikir adakah esok masih ada kehidupan buat kita...adakah peluang lagi buat kita untuk bersedekah..Jadikanlah sebahagian amalan kita bersedekah..bersedekah..Jika rezeki kita sikit...sedekahlah sedikit..tetapi sedekah setiap bulan gaji kita..pasti...amalan yang sedikit jika istiqamah lebih baik berbanding yang banyak tetapi tidak berterusan...Begitulan amalan yang lain..kita perlu berubah..supaya lebih baik dari sebelumnya..Jika sembahyang zohor kita hari ini tidak khusyuk...bertekadlah untuk lebih baik di waktu Asar...Jika kita tiada amalan dipertiga malam..cubalah untuk melakukannya esok..berazamlah...Sesungguhnya..ingatlah dunia ini..telah semakin hampir kepenghujungnya..kita seluruh umat ini akan menghadapi kehidupan lain yang kekal..setiap amalan kita akan dinilai...Apakah yang kita bawa..