September 29, 2009

Tawakkal



Rasulullah s.a.w bersabda:
"Mereka yang mempunyai hati nurani(sifat tawakkal) seperti seekor burung (yang mencari makan setiap hari), pasti dia dimasukkan ke dalam syurga (Riwayat Muslim, no.2840)
Tips-tip tawakal dalam Rezeki

  • Rezeki yang diperoleh datang daripada Allah dan dipinjamkan sementara kepada manusia di dunia.


  • Rezeki yang kita perolehi hanyalah nikmat dunia yang bersifat sementara. Rezeki yang dinikmati sekarang tiada apa-apa nilai di akhirat nanti.

  • Rezeki bukan sahaja merupakan nikmat, pada masa yang sama merupakan ujian.

  • Rezeki bukan sahaja berbentuk material seperti harta benda, malah juga berupa kemanisan dalam ibadah, kesihatan, anak-anak yang soleh, ketenangan dan sebagainya.

  • Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa jua. Oleh itu, kita langsung tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeki.

  • Rezeki yang ada ditangan kita kini bukan milik kita sepenuhnya, malah ada hak orang lain, iaitu melalui zakat atau sedekah. Satu keajaiban dalam islam, semakin banyak yang diberi, semakin banyak akan kita perolehi nanti, bukannya semakin susut. Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki bukan semakin haus, malah semakin tebal.
  • September 16, 2009

    Antara Sabar dan Mengeluh


    Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya."Demi Allah,belum pernah aku melihat wajah seorang secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

    Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan abu Hassan lalu ia bertanya"Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

    Abu Hassan bertanya"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"Wanita itu menjawab."Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan satu lagi masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,"hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing? Jawab adiknya,"Baiklah kalau begitu?" Lalu disuruh adiknya berbaring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." lalu Abu Hassan bertanya."Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?" Wanita itu menjawab."Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dan mengeluh melainkan menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas yang dapat dijadikan tauladan dimana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap kali terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:"Tida ada balasan bagi hambaku yang mukmin, jika aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syuga baginya."


    Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."Dan sabdanya pula."Mengeluh itu termasuk kebiasaan jahilliyah dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."(Riwayat oleh Imam Majah)


    Semoga kita dijadikan oleh sebagai hamba Allah yang sentiasa sabar menghadapi musibah.






    flower Pictures, Images and Photos