December 22, 2009

Orang lain lebih baik dari kita

Perbualan petang itu bersama kakakku, membuat aku menghitung diri ini " Bagaimana kita dapat melihat orang lain dengan pandangan orang lain lebih baik dari kita. Bual bicara petang itu begitu menyedarkan aku betapa rendahnya iman ku. Jika kita merasakan amalan kita sempurna itu tandanya iman yang tidak sempurna. Ada yang tidak kena dengan kita. Sesungguhnya semakin tinggi amalan dan kefahaman kita terhadap agama, semakin terasa banyak lagi yang tidak sempurna. Semakin kita mendalami tentang solat, semakin banyak kekurangan yang dirasakan dalam solat kita. Jika kita ingin melihat siapa diri kita, kita perlu lihat siapa kawan-kawan rapat dan kawan-kawan sekeliling kita. Andai kawan-kawan kita terdiri dari orang-orang yang beriman, beramal serta berilmu..itulah gambaran kita. Jika iman mereka senipis kulit bawang, begitulah juga kawan-kawan yang akan kita perolehi. Jika kawan-kawan kita tidak menegur untuk kebaikan kita, hakikatnya kita juga tidak mampu menegur kawan-kawan kita untuk kebaikan.

( cerita dipetik dari majalah solusi)Diceritakan dizaman dahulu ada seorang perantau memasuki sebuah desa. Sebelum pergi jauh ke dalam desa itu, dia telah bertemu seorang tua. " Bagaimana perangai orang kampung di sini pak cik,"? tanyanya.


"Oh, kamu orang baru ya? sebelum pak cik jawab soalan kamu tu, pak cik ada satu pertanyaan. Boleh pakcik tanya?"


Perantau itu kehairanan. Apa pula yang ada dalam fikiran orang tua itu. "Baiklah pakcik, apa soalannya?" " Bagaimana perangai orang kampung asal kamu sendiri?". Pemuda itu terdiam sejenak." Orang kampung saya teruk-teruk pakcik, perangai tak senonoh, asyik bergaduh sesama sendiri dan mengumpat. Saya harap orang kampung ini tidak macam itu." " Sayang, harapan kamu tidak akan kesampaian. Orang kampung ini macamtu lah juga. kamu tersilap pilih nak. Sepatutnya kamu tidak datang ke kampung ini," Jawab pakcik tua itu. " Tak pe lah kalau begitu. saya tumpang minum sajalah di warung sebelah ni. Saya akan cepat-cepat meninggalkan kampung ini. Orang tua itu tersenyum dan mengagguk-angguk.


Selang kemudian, seorang perantau lain memasuki kampung itu dan menemui pakcik yang sama. Kebetulan soalannya sama juga dengan perantau pertama, maka ditanya juga oleh pakcik dengan soalan yang sama. Jawabnya:"Orang kampung saya baik-baik belaka, bertolong bantu, peramah dan kasih sayang." " Kalau begitu mengapa kamu merantau keluar" tanya pakcik itu kembali. " Saya ingin mencari pengalaman. Err..pakcik kembali kepada soalan saya tadi, bagaimana perangai orang kampung ini?" " Oh, bagus, baik. Orang kampung ini semuanya berkasih sayang dan bertolong bantu." " Oh, bagus, Baik. Kalau begitu tidak salah saya memilih untuk mencari pengalaman disini. Perbualan antara perantau kedua dan pakcik itu didengar oleh perantau pertama yang sedang minum diwarung berhampiran. Dia hairan dan sedikit berang. Apakah pakcik itu telah mempermainkannya?


"Kenapa pakcik berbohong? Dengan saya kata lain, dengan dia kata lain?" " Maaf nak pak cik tidak berbohong" "Habis kenapa jawapan pakcik berbeza?" "Pakcik jawab mengikut keadaan orang yang bertanya." "Maksud pakcik?" " jika orang itu baik, dia akan nampak banyak kebaikan. Sebaliknya jika orang itu tidak baik, dia akan nampak banyak kejahatan dan keburukan. Kita melihat dengan mata hati kita. Jika mata hati kita bersih, insyaallah, kita akan dapat melihat banyak kebaikan.


Melalui cerita diatas, Apa yang kita lihat bergantung pada diri kita. Sebab itu prasangka itu dilarang keras oleh agama. Dalam pergaulan, kita mesti belajar meletakkan sangka baik dan memberi alasan untuk memaafkan orang lain. Bagaimana kita akan mendapat kebaiakan daripada seseorang sekiranya apa yang kita lihat ada padanya keburukan semata-mata.



Penceritaan kakak ku tentang seorang temannya yang begitu banyak membimbingnya untuk meningkatkan amalan dan kefahaman tentang islam. Baginya rakannya seorang yang begitu taat dalam menunaikan solat. Beliau akan merasa seronok jika setiap kali azan berkumandang lalu bergegas menunaikan solat wajib dan tidak pernah meninggalkan solat sunat. Seronok ketika mendengar azan kerana beliau merasakan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi peluang menunaikan solat kepada Allah s.w.t. Masih dipanjangkan usia untuk menunaikan solat.Beliau melakukan solat dalam keadaan begitu khusyuk dan penghayatan. Jika beliau sedang mesyuarat dan azan berkumandang, beliau akan tidak senang duduk selagi solat tidak ditunaikan. Ku merenung diriku, adakah aku dapat melahirkan suasana seronok ketika mendengar azan berkumandang? Adakah aku terus bersegera menunaikan panggilannya yang pertama itu? Adakah aku risau jika sedang melakukan sesuatu dengan tiba-tiba azan aku tidak bergegas menunaikan solat? . Apabila aku mendengar cerita-cerita sahabat-sahabat yang solehah, rasanya terlonjak rasa untuk mempertingkatkan amalan. Tercari-cari bagaimana kita boleh merasai setiap detik kehidupan ini dengan kahadiran Allah s.wt. Merasai pergantungan yang bersungguh-sungguh kepada Allah. Berdoa dengan penuh pengharapan agar ditunjuki jalan menuju keredhaannya. Setiap kali selepas solat pastinya kita akan memohon, berdoa agar dikurniakan jalan yang lurus. "Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang lurus, tunjukilah aku jalan menuju redhamu ya Allah, Jadikanlah hatiku hati yang sentiasa mengingatimu setiap detik dan setiap masa. Jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa mensyukuri nikmatmu, hati yang sentiasa mengakui kagungan, keesaan, kekuasaan dan kebesaranmu Ya Allah. Tidak lupa juga permohonan kepada Allah agar dijauhkan hati ini dari sifat mazmumah. Ya, Allah jauhkan hambamu ini dari sifat Riak, sombong, dengki mendengki, benci membenci terhadap sesama islam. Sesungguhnya hambamu ini terlalu lemah dalam melawan godaan syaitan yang selalu menjerumuskan hati ini dengan sifat-sifat itu. Tiada daya dan kekuatan selain dari memohon dari mu. Kaulah yang maha kuat dan perkasa. Dan sesungguhnya iman kita ini seperti tarik-tali. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang terlalai. Kerana itu tidak lupa kita panjatkan kepada Allah jua agar ditetapkan hati ini sentiasa dalam iman dan taqwa kepadanya.

Firman Allah dalam ayat ke 6 surah alfatihah, maksudnya: Bimbinglah kami ke jalan yang lurus. Ayat ini sebenarnya merupakan suatu doa yang dipanjatkan setiap kali kita bersembahyang. Tetapi sejauh mana kita menghayati maksud tersebut dengan penuh pengharapan. Manusia secara dasarnya dibekalkan dengan dorongan untuk mencari perkara yang diperlukan. Namun melalui naluri semata-mata tidak membolehkan manusia mencapai sesuatu yang tidak mampu dilihatnya. Justeru itu manusia sangat memerlukan bimbingan Allah, agar tidak tersilap lantaran terlalu bergantung kepada akal dan naluri semata-mata. Kerana itu doa kita dalam sembahyang setiap pagi, petang, malam memohon supaya Allah menunjuki jalan yang lurus menerusi bacaan al-fatihah. Kerana akal manusia ini terbatas terutama dalam perkara-perkara ghaib. Kita perlu mempercayai kewujudan Allah dengan menyaksikan setiap ciptaannya dengan sempurna. Allah menurunkan al-quran dan hadis sebagai panduan kepada manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini. Sebagai khalifah dimuka bumi ini, Allah memberikan kepada manusia akal yang tidak diberi kepada makhluk lain. Dengan akal manusia mampu menguasai ilmu. Dengan ilmu manusia berupaya"menundukkan makhluk lain. Dengan sains dan teknologi misalnya, gunung yang tinggi dapat didaki, bukit dapat diratakan, sungai mampu diempang dan tumbuh-tumbuhan dapat dimanfaatkan dan haiwan dapat dikembang biakkan. Namun, sehebat manapun akal fikiran manusia, ia tidak boleh digunakan untuk menciptakan jalan yang lain. Dia hanya berperanan untuk mengikut jalan yang telah disediakan oleh Allah. Hanya itu jalan yang lurus. Tetapi bagaimana untuk kita menuju jalan Allah itu? Tahap-tahap jalan yang lurus itu ialah:

1. Memahami syariat - belajar ( Syariat bererti peraturan)


2. Melaksanakan tarekat - mengamalkan

3. Menemui hakikat - merasai

4. Merasai makrifat - mencintai
Mutiara hikmah: ( dipetik dari adamkadir.blogspot.com)











flower Pictures, Images and Photos