November 11, 2009

Kehidupan dunia hanyalah sepetang



"Sesungguhnya kehidupan dunia ini seolah-olah hanyalah sepetang atau sepagi sahaja"
begitulah perumpamaan dunia. Yang kita cari...kumpulkan...kejar-kejar...harta kekayaan ...kesenangan hidup..anak-anak dan sebagainya yang punya cita-cita...untuk mencari segalanya hanyalah seketika cuma...seketika..tak lebih ibaratnya dengan kehidupan akhirat hanyalah sepetang atau sepagi..Dan sesungguhnya kita ada lagi kehidupan alam kubur yang mana waktu itu kita tidak mampu melakukan apa-apa untuk bekalan kehidupan yang kekal abadi. Menurut sebuah buku ( Indahnya hidup bersyariat "oleh:ustaz Ismail Kamus)....hidup ini umpama tidur dan mati itu umpama terjaga...seolah-olah manusia dalam menjalani kehidupan dunia ini bermimpi...mencari-mencari, melalaikan dan tidak sedar apakah matlamat kehidupan dunia ini. Dan apabila manusia mati berpisah roh dengan jasad...ketika itulah manusia sedar..Ohhh betapa ruginya aku tidak menggunakan kesempatan di dunia yang hanya seketika dengan sebaik-baiknya. Ohh tuhan, hidupkan aku kembali akan aku lakukan amalan sebaiknya untuk kehidupan yang kekal selamanya...maafkan aku Ya..Allah...Ampunkanlah aku ya..Allah..Tolonglah aku ya Allah yang maha pengasih dan penyayang....Hidupkanlah aku ya Allah...untuk melakukan amal ibadah kepadamu...
Tetapi wahai manusia ketika kau sedar kau tidak mampu melakukan apa-apa...tidak berdaya..maka terimalah balasan terhadap apa yang kau usahakan.. untuk menanti pula kehidupan akhirat yang kekal dan selamanya...Kehidupan akhirat itu kekal dan dunia itu hanyalah sepetang ibaratnya...Jika kau berusaha beramal dengan bersungguh-sungguh pun...hakikatnya tidak akan mampu menampung bekalan kehidupan akhirat itu...hanya mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah yang maha pemurah..pemberi rezeki....ar-rahman dan ar-rahim....untuk mendapat syurga Allah...Inikan pula jika beramal dengan cara melepaskan batuk ditangga..setakat sembahyang 5 waktu..entah kyusuk ke tidak..diterima atau tidak...pernahkah kita memikirkan apakah amalan yang akan kita bawa...pernahkah airmata ini mengalir semata-mata mengenang segala dosa-dosa dan ketidaksempurnaan ibadat kepadaya..pernahkah kita merenungnya... atau kita hanya memikirkan bagaimana untuk mengejar pangkat...harta.. untuk menyempurnakan kehidupan dunia...

Kekayaan itu bukanlah kerana memperolehi banyak harta tetapi sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang kita miliki dan redha dengan apa yang ada. Memperuntukkan sebahagian harta untuk bersedekah untuk menambahkan saham kita diakhirat.. Tetapkanlah matlamat kehidupan..Masa berlalu begitu pantas.. Selalulah membaca surah al-Mulk...kerana surah itu memberi kesedaran, dan kenyataan kehidupan ini yang selalu di nafikan oleh manusia yang setiap kerdipan mata adalah rahmat allah yang maha luas dan agung. Jadikanlah kehidupan ini semata-mata mencari redha Allah... Jika kita hendak bilang nikmat Allah kepada kita...tidak terbilang ...tidak tertulis... Dengan kesyukuran kita, ibadat kita...tiada tandingan...Harapan kita hanyalah memohon rahmat Allah...hanyalah rahmatmu Ya Allah yang maha pemurah, penyayang, pengasih....

Oleh itu..marilah kita kawal diri dalam menjalani kehidupan dunia. Selalu beringat syaitan musuh yang nyata selalu akan menjerumuskan pemikiran kita ke arah kehidupan duniawi semata-mata. "Syaitan musuh kamu yang nyata"...Dan selalulah mengingati mati agar kita melakukan amalan dengan bersungguh-sungguh...seolah-olah hari ini amalan yang terakhir buat kita...tiada lagi esok....Dan ingatlah akhirat itu lebih baik dan akhirat itu lebih kekal berbanding dunia....

Lakukan setiap pergerakan kita dangan mengingati Allah..zikir kepadanya..

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan...
1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tidurlah dengan taqwa kepada Allah . Tidurlah dengan mengambil wudhu,...


October 10, 2009

PARA ROH MELIHAT AMALAN ORANG YANG HIDUP

Hari ini saya baru sahaja pergi berziarah ke rumah jiran yang meninggal dunia. Arwah merupakan seorang yang aktif...arwah meninggal selepas menjalani pembedahan "sis". Beliau mengalami komplikasi selepas pembedahan. Kebanyakkan yang mengenalinya terkejut mendengar berita kematiannya tanpa tanda-tanda. Begitulah yang tertulis di luh mahfuz. tidah akan terlewat walau sesaat.Melihat sahaja wajah mayatnya yang tenang itu, maka tersentak hati ini..bagaimana dengan diri saya..jika Allah ambil nyawa...adakah saya telah beramal dengan bersungguh-sungguh untuk hidup diperkampungan roh dan apa yang saya terbaca bahawa roh melihat jasadnya, melihat apa yang diperlakukan ke atas jasadnya dan apa yang diperkatakan tentang jasadnya...Dan Allah juga telah diperlihatkan kepada roh dimanakah tempatnya selepas ini.. saya telah membaca dalam buku bertajuk "Mati suatu peringatan" karangan Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat(Siri 1) yang boleh dikongsikan bersama. Petikan dari buku tersebut dalam bab 29 dimulakan dengan Firman Allah swt, yang bermaksud: "Mereka bakal bertanya kepada engkau(Muhammad) Mengenai roh, katakanlah, bahawa persoalan roh adalah urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan(mengenai roh) melainkan sedikit." - (surah al-Isra ayat 85)

Terdapat beberapa riwayat yang sahih, yang menghuraikan persoalan roh, terutama apabila manusia menemui ajalnya, ke manakah perginya roh setelah manusia mati. Menurut mazhab yang sah berdasarkan hadith Nabi s.a.w., bahawa sekiranya roh yang baik dari kalangan orang-orang beriman, maka Allah SWT perintah malaikat supaya membawa roh tersebut untuk dibawa melihat tempat kediamannya di dalam syurga.

Roh tersebut dapat melihat keindahan syurga yang bakal dihuninya kelak, kesempatan tersebut diberikan oleh Allah SWT sekira-kira urusan memandikan jenazahnya. Sebaik selesai jenazahnya dimandikan dan dikapankan, lalu roh tersebut dihantar semula dan ditempatkan di antara kain kapan dan jasadnya yang sedang terbujur.

Kemudian ketika di atas pengusungan untuk dihantar ke tanah perkuburan, roh mendengar segala percakapan orang ramai yang bercakap tentang kebaikan atau keburukan. Apabila jasad telah dimasukan ke dalam liang lahad, maka ketika itu roh diperintahkan oleh Allah SWT supaya dimasukan semula ke dalam jasadnya, kemudian dia akan dikunjungi oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Sesungguhnya tidak ada orang yang mati melainkan roh tersebut berada di dalam tangan malaikat, roh tersebut melihat jasadnya sendiri yang sedang dimandikan dan dikapankan, dan melihat bagaimana ia diusung ke kubur.

PARA ROH MELIHAT AMALAN ORANG YANG HIDUP

Jika manusia mempuyai kampung halaman, demikian pula roh juga ada kampung halamannya. Manusia mempuyai tradisi pulang kampung, seperti yang sering berlaku setiap menjelang hari raya. Roh pula dimestikan oleh takdir Allah Taala pulang ke kampung halaman mereka iaitu alam akhirat.

Orang kampung sentiasa merindui kepulangan sanak saudaranya, ternanti-nanti di ambang pintu menunggu ketibaan anak-anak tersayang saudara mara dan jiran tetangga, kerana sejak sekian lama belum pernah pulang ke kampung. Demikian pula para roh yang mendapat rahmat di tempatkan oleh Allah SWT di atas langit, sentiasa menunggu kepulangan sanak saudara mereka.

Seorang sahabat bernama Abu Ayub al-Ansari menyatakan, bahawa Rasulullah s.w.t. menceritakan kepadanya, apabila seorang mukmin dari kalangan hamba-Nya yang mendapat rahmat itu mati, maka para roh yang mendapat keredhaan Allah SWT yang ditempatkan di suatu perkampungan para arwah di langit, masing-masing datang menyambut roh orang mukmin yang baru tiba itu.

Mereka saling bertanya khabar, sebagai mana orang-orang kampung yang menyambut kepulangan sanak saudara mereka yang telah lama merantau. Para arwah bagaikan tidak sabar, hendak bertanya berbagai soalan. Tetapi ada di kalangan roh yang meminta agar bertenang dan bersabar, kerana roh ini baru tiba masih penat, berilah peluang untuknya beristirehat kerana dia baru saja melalui berbagai kesengsaraan menghadapi perpisahan roh dari jasadnya.

Apabila roh yang baru tiba itu sudah rehat, maka para roh bergilir-gilir bertanya; bagaimana keadaan si-fulan iaitu saudara mara atau anak-anak yang masih berada di dunia, mereka terlalu ingin mengetahui apa yang mereka lakukan.

Sikap para arwah itu menggambarkan mereka sangat prihatin, terhadap sanak saudara mereka yang masih hidup di dunia. Sebagaimana dia masih hidup di dunia sentiasa mengambil tahu terhadap kebajikan ahli keluarganya, yang sentiasa memimpin ke jalan taat. Mereka tidak senang terhadap tingkah laku yang tidak baik di kalangan keluarganya.

Seolah-olah para roh itu merasa cemas, tentang berbagai kemungkinan yang berlaku terhadap keluarganya sepeninggalanya. Itulah sebabnya dia tidak sabar menanti, lantas mengemukakan berbagai peryataan kepada roh yang baru tiba itu. Gembiralah para roh itu jika dia menerima khabar yang baik tentang kaum keluarganya, dan sebaliknya akan merasa dukacita jika roh yang baru tiba itu membawa khabar yang tidak baik.

Berbagai soalan dikemukakan, malah ada diantara roh itu yang bertanyakan nasib balunya di dunia, adakah dia sudah bersuami lagi. Walhasil segala pertanyaan mereka tidak berbeza seperti pertanyaan orang kampung yang baru menerima kunjungan saudaranya, mereka sentiasa mengajaukan pertayaan terhadap sanak saudara mereka yang baru balik dari perantauan. Semua perkara yang dia ingin tahu, pasti dikemukakanya.

Dalam berbagai soalan, ada di antara mereka yang bertanya mengenai seseorang yang dikenalinya sama ada jirannya atau saudaranya. Tetapi jawab roh yang baru tiba itu, bahawa sebenarnya sifulan itu sudah lama mati. Maka terkejutlah para arwah itu, jika sudah lama mati sepatutnya dia sudah berada bersama mereka di alam rahmat Allah itu.

Misteri ketiadaan roh orang yang sudah lama mati itu disambut dengan ucapan "Inna lilahi wa-inna ilaihi raji'un", apabila Allah SWT tidak menghantar roh sifulan itu bersama-sama dengan roh orang-orang mukmin yang mendapat rahmat itu, bererti bahawa roh tersebut berada di dalam kumpulan roh-roh yang ingkar, bersama-sama dengan roh Fir'aun, roh Abu Jalal dan lain-lain. Tiada tempat lain selain dari berada di dalam sebuah perkampungan lain yang penuh azab.

Para roh orang mukmin itu merasa pilu apabila roh sifulan yang dikhabarkan telah lama mati tidak bersamanya, nasib yang dialami oleh roh tersebut adalah natijah dari perbuatan yang bercanggah dengan perintah Allah. Demikianlah natijah yang dilalui oleh roh orang yang membelakangkan peraturan Allah.

Jika demikian sudah pasti bahwa roh sifulan itu sudah kembali menemui ibunya.Siapakah ibu tempat kembali roh orang yang ingkar itu Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud; "Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya, maka ibunya (tempat kembalinya) adalah Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang tersangat panas." (surah al-Qariah ayat 8 - 11). - Sumber: Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mati Suatu Peringatan



October 4, 2009

Keagungan Solat


Berikut dipapar beberapa keagungan solat:





  • Solat adalah kewajipan yang pertama setelah ikhlas dan tauhid. Allah berfirman yang bermaksud:"pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya memberi mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."(surah al-Bayyinah 98:5)"
    Nabi s.a.w melakukan bai'ah(sumpah setia) pada solat. Jabir bin Abdullah r.a. berkata,"Aku pernah bersumpah kepada Rasulallah s.a.w. untuk menegakkan solat, menunaikan zakat dan memberi nasihat setiap malam."


  • Solat adalah tiang agama

  • Amalan yang pertama dihisab pada hari qiamat ialah solat.

    Solat berfungsi sebagai penghapus dosa.

  • Allah mengancam keras orang yang mensia-siakan solat.
  • Allah memerintahkan kita untuk meminta pertolongan dan perlindungan kepadanya melalui solat.
  • Api neraka tidak akan membakar bekas sujud orang yang mnegerjakan solat, waktu mereka masuk neraka atas dosa-dosa yang mereka lakukan.
  • Yang membezakan orang-orang Mukmin dan orang-orang munafik pada hari kiamat ialah sujud.

  • Solat adalah penghibur atau buah hati Rasulullah s.a.w.

  • Solat adalah wasiat terakhir Rasulallah s.a.w.

  • Syaitan selalu berusaha memutuskan solat daripada manusia.

Sumber: Isham bin Muhammad al-Syarif, al jam al-Sahih min Ahadith al Nisa'

September 29, 2009

Tawakkal



Rasulullah s.a.w bersabda:
"Mereka yang mempunyai hati nurani(sifat tawakkal) seperti seekor burung (yang mencari makan setiap hari), pasti dia dimasukkan ke dalam syurga (Riwayat Muslim, no.2840)
Tips-tip tawakal dalam Rezeki

  • Rezeki yang diperoleh datang daripada Allah dan dipinjamkan sementara kepada manusia di dunia.


  • Rezeki yang kita perolehi hanyalah nikmat dunia yang bersifat sementara. Rezeki yang dinikmati sekarang tiada apa-apa nilai di akhirat nanti.

  • Rezeki bukan sahaja merupakan nikmat, pada masa yang sama merupakan ujian.

  • Rezeki bukan sahaja berbentuk material seperti harta benda, malah juga berupa kemanisan dalam ibadah, kesihatan, anak-anak yang soleh, ketenangan dan sebagainya.

  • Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa jua. Oleh itu, kita langsung tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeki.

  • Rezeki yang ada ditangan kita kini bukan milik kita sepenuhnya, malah ada hak orang lain, iaitu melalui zakat atau sedekah. Satu keajaiban dalam islam, semakin banyak yang diberi, semakin banyak akan kita perolehi nanti, bukannya semakin susut. Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki bukan semakin haus, malah semakin tebal.
  • September 16, 2009

    Antara Sabar dan Mengeluh


    Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya."Demi Allah,belum pernah aku melihat wajah seorang secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

    Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan abu Hassan lalu ia bertanya"Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

    Abu Hassan bertanya"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"Wanita itu menjawab."Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan satu lagi masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,"hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing? Jawab adiknya,"Baiklah kalau begitu?" Lalu disuruh adiknya berbaring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." lalu Abu Hassan bertanya."Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?" Wanita itu menjawab."Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dan mengeluh melainkan menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas yang dapat dijadikan tauladan dimana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap kali terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:"Tida ada balasan bagi hambaku yang mukmin, jika aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syuga baginya."


    Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."Dan sabdanya pula."Mengeluh itu termasuk kebiasaan jahilliyah dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."(Riwayat oleh Imam Majah)


    Semoga kita dijadikan oleh sebagai hamba Allah yang sentiasa sabar menghadapi musibah.






    August 3, 2009

    Abu Nawas - Yang lebih Kaya dan Mencintai Fitnah


    Seperti biasa, Abu Nawas berjalan-jalan mengunjungi pasar. Tempat inilah yang paling ia sukai karena dari tempat ini ia dapat menyampaikan ide-idenya ke masyarakat luas secara langsung.
    Tiba-tiba ia berdiri di suatu tempat yang cukup tinggi untuk di dengar seluruh orang di pasar. Dengan suara agak keras, ia mulai berpidato, “Saudara-saudara sekalian. Ada yang perlu saudara-saudara ketahui tentang Raja kita yang tercinta, Baginda Harun Al Rasyid.”
    Seluruh isi pasar terdiam, pandangan tertuju padanya. Orang-orang di pasar itu menunggu-nunggu kalimat berikutnya yang akan dikeluarkan oleh Abu Nawas. Melihat pandangan semua tertuju padanya, Abu Nawas semakin percaya diri.
    “Kalian harus tahu, bahwa sebenarnya Baginda Harun Al Rasyid lebih kaya dari pada Allah.”
    Tiba-tiba bergemeruhlah suara orang-orang dipasar. Semua orang tersentak mendengar kata-kata yang keluar mulut si Abu Nawas.

    “Tenang….tenang…..tenang saudara. Masih ada lagi.”
    Lagi-lagi seluruh orang pasar terdiam.
    “Baginda kita itu, sebenarnya sangaaaaaaat mencintai fitnah.”
    Meledaklah lagi gemuruh orang seluruh pasar. Banyak yang memprotes omongan Abu Nawas. Tetapi si Abu Nawas nampak tenang-tenang saja tanpa rasa bersalah sedikit pun.
    Tiba-tiba sejumlah tangan merengut kedua lengan Abu Nawas. Tetapi Abu Nawas berusaha tetap tenang. Ia tahu itu adalah tangan-tangan dari punggawa-punggawa kerajaan. Diseretlah Abu Nawas menghadap raja Harun Al Rasyid.
    Dengan muka geram, raja Harun Al Rasyid menginterogasi Abu Nawas dihadapan penasihat-penasihatnya. “Apakah benar dipasar kamu mengatakan bahwa Aku lebih kaya dari Allah?”
    “Benar baginda.”
    Makin geramlah Harun Al Rasyid.
    “Apakah benar kamu juga mengatakan bahwa aku mecintai fitnah?”
    “Maaf, Baginda. Itu benar adanya,” jawab Abu Nawas tenang.
    “Pengawal!! Bawa Abu Nawas ke penjara. Gantung dia besok pagi.”
    “Tenang, Baginda. Beri saya kesempatan untuk menjelaskan apa maksud kata-kata saya itu.” Abu Nawas memohon dengan wajah yang memelas.
    “Cepat katakan! Sebelum kau temui ajalmu.”
    “Begini Baginda. Maksud kata-kata saya bahwa Baginda lebih kaya dari Allah adalah baginda memiliki anak, sedang Allah tidak dimemiliki anak. Bukan begitu Baginda?”
    Harun Al Rasyid terdiam. Dia tersenyum dalam hati. “Dasar. Si Abu Nawas.”
    “Terus, maksud kata-katamu bahwa aku mencintai fitnah?”
    “Maksudnya, bahwa Baginda sangat mencintai istri dan anak-anak Baginda sendiri. Padahal mereka dapat menjadi fitnah bagi Baginda. Bukan begitu Baginda?”
    Harun Al Rasyid pun hanya bisa geleng-geleng kepala. “Lalu, kenapa kamu teriak-teriak di pasar? Yang tidak paham perkataanmu bisa marah.”
    “Yah, kalau masyarakat marah. Nanti kan Saya dipanggil oleh, Baginda.”
    “Kalau Aku sudah memanggil, memang kenapa?”
    “Hmmmm….Yah…biar dikasih hadiah, Baginda,” ucap Abu Nawas lirih.
    Baginda pun hanya bisa tersenyum simpul. Lalu diberikannya sekantung uang dinar ke Abu Nawas.
    sumber:http://syafii.wordpress.com/2007/04/02

    Mencari Erti Hina sebagai Hamba

    Betapa hinanya engkau wahai manusia dengan status hamba itu. Mengapa masih ada perasaan bangga diri dalam diri. Jika kita masih ada rasa riak, bangga, segala bentuk perasaan mazmumah, kita masih belum betul-betul menghayati erti hamba. Walaupun perasaan itu hanya sekelumit atau hanya terlintas dalam hati. Ingatlah bahawa hamba itu tiada daya upaya selain mengharap segala bentuk pertolongan, rahmat dan belas kasihan dari tuannya. Ingatlah kita hanya orang suruhan yang perlu patuh dengan setiap perintah tuannya. Jika kita ingkar, ingatlah sebagai hamba yang lemah, kita tiada daya upaya untuk melawan hukuman dari tuannya.
    Siapalah kita...segalanya yang kita miliki hanya pinjaman, hanya anugerah rahmat Allah. Kita tiada apa-apa. Bayangkan..jika engkau berdiri di tengah padang pasir gurun sahara..pandanglah ke langit ...renunglah bintang-bintang dipanorama malam indahnya...sesungguhnya bintang-bintang yang bertaburan diangkasa lebih banyak dari tebaran pasir-pasir di Gurun sahara..di lautan...begitulah besarnya ciptaan Allah yang tiada tandinganya..dimana kita diantara bintang-bintang dan taburan pasir itu...Maka ambillah segenggam pasir itu..dan taburkanlah....bolehkah anda melihat mana pasir itu ditengah padang pasir..begitulah umpamanya.tiada nilai....kita sebagai hamba...tiada nilai disisi Allah kecuali amal dan taqwa yang bersungguh-sungguh...Yang selalu menagih rasa kasih, kasihan dan sayang dari tuannya..memohon..memunajat setiap waktu kepada Allah....Ya..Allah..setiap perjalanan hambamu ini..terkadang hadir sekelumit rasa bangga dengan anugerahmu..Mengapa ya Allah..Sepatutnya aku memanjatkan setinggi kesyukuran diatas segala anugerahmu..dengan selautan rahmatmu...Telah sedaya upaya ku cuba menghadirkan rasa hina diri sebagai hamba..tetapi aku gagal dek kerana godaan syaitan telah menjerumuskan perasaan itu. Hasilnya menanglah perasaan mazmumah. Telah ku pujuk hati ini agar tidak terus dibuai perasaan-perasaan riak ujub dan bangga diri. Ku pujuk berkali-kali diri ini...akhirnya hanya kepadamu ku memohon ya Allah. Tolonglah aku ya Allah...Tidak layak aku sebagai hamba mempunyai perasaan itu...Ampunkahlah aku ya Allah...Terdengar aku di Radio Mutiara FM, ceramah agama setiap jam 2.30 petang..Aku memang tidak pernah ketinggalan mendengarnya...Ustaz pada hari itu mengatakan...Mencari Erti Hina sebagai hamba hanya benar-benar boleh diperolehi dengan mempelajari ilmu Tasawuf...Ilmu mengenal tuhan..Ya..Allah bantulah andainya saat ini, detik ini, engkau mengambil nyawaku...oh..apakah bekalan yang ku bawa..Apakah persediaan yang telah ku buat untuk menghadapi mahkamah tuhan..Yakinlah dunia ini sementara...jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal..ibaratnya dunia umpama pentas, manusia adalah pelakonnya..Semua lakonan itu akan dinilai...
    flower Pictures, Images and Photos