May 28, 2009

Haluskan Kulit Dengan Tomato



Anda boleh menghaluskan kulit anda dengan menggunakan bahan di dapur sahaja(Murah, mudah dan semulajadi). Ambil sebiji tomato. Potong dan ramas sehingga hancur. Minum jusnya dan hampasnya letakkan di muka. Biarkan 10 ke 15 minit dimuka sebelum membilasnya. Ia menghaluskan kulit anda dari luar dan jusnya menghaluskan kulit anda gari dalam. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.

Bersyukurlah dengan nikmat Allah


Wahai manusia, kala ini kita perlu bersyukur , tunduk memohon kepadamu ya Allah..mata yang ku miliki, gigi yang ku miliki, hidung, mulut segalanya..jantung..kaki..tangan...segala-galanya ya Allah..adalah dari selautan rahmatmu.. yang tidak terkira dengan nombor-nombor yang ada di muka bumi ini... Sesungguhnya engkaulah tuhan yang menciptakan segala-segalanya ...segala puji hanya selayaknya buat engkau ya Allah...Aku berserah diri hanya kepada mu ya Allah... Tapi sejauhmanakah... kita bersyukur kepadamu..Sejauhmanakah kita melakukan apa yang kita ungkapkan itu.."Aku berserah diri hanya kepadamu ya Allah.... berapa kalikah kita sujud syukur kepadamu ya Allah...bilakah selama kita hidup ini kita melakukan solat tahajud...solat taubat...solat tasbih...sempurnakah sembahyang seharian kita... ya Allah walaupun hambamu ini sungguh hina kerana alpa dan tidak mensyukuri nikmatmu..tetapi..engkau Ya Allah terus melimpahi rahmatmu seluas-luasnya..tanpa sempadan...tanpa mengira...sesiapa...Walaupun hanya setitis embun hambamu yang bersyukur...Namun rahmatmu melangit luas... Ya Allah... ampuni aku ya Allah...Ya Allah kepadamu jualah tempatku memohon...tinggikanlah kesyukuranku terhadapmu...janganlah kau jadikan hati ini terus lalai dan alpa dengan nikmat yang kau anugerahkan.....Amin ya Allah...Amin...Amin..

May 27, 2009

DOA MUSTAJAB SEBELUM MEMULAKAN PENGAJIAN


Ertinya : Ya Tuhanku pancarkanlah cahaya kitabmu ke Dalam pandanganku, Lapangkanlah dengannya Dadaku, amalkanlah dengannya badanku, lancarkanlah dengannya lidahku, kuatkanlah dengannya ingatanku, mudahkanlah dengannya kefahamanku, kuatkanlah dengannya azamku dengan daya upaya dan kekuatanmu, bahawasanya tiada daya upaya melainkan dengan izinmu wahai tuhan yang maha pengasih

Segalanya milik Allah


Kita sebagai umat islam ciptaan Allah yang paling mulia perlu selalu mengingati dan menyedari bahawa segala apa yang kita miliki adalah milik Allah. Kita hanya meminjam sahaja... hanya pinjaman...segalanya... anak-anak yang comel itu...isteri @suami ke..segala harta..kebahagian..Hatta udara yang kita bernafas setiap saat atau lebih pantas dari itu. Allahlah yang menciptakan segalanya..sampai waktunya kita perlu kembalikan kepada pencitanya..jagainya ia sebaiknya... Besarnya rahmat Allah terhadap hambanya...tingginya kasih sayang Allah.. Oh..tuhan.. hambamu ini begitu hina dan buta dalam mengenang semua ini... Hambamu ini selalu alpa dek godaan syaitan yang selalu menggoda...agar subur sifat-sifat mazmumah dalam hati.. Ya Allah ampuni segala dosa hamba mu...maafkanlah aku...Suburkan sifat-sifat mulia dan redha dalam hati ini. Sesungguhnya kami tahu... Allah maha pengampun..maha penyayang...Engkaulah yang memiliki segala-galanya...segala kebesaran dan segala puji adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya...segala pujian hanya milik Allah.. maha suci Allah setiap pagi dan petang....

Tips penjagaan rambut bagi yang bertudung


Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan terhad sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak ada penjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.

2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.

3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.

4. Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.

5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.
Selamat mencuba!!!!

May 26, 2009

Air Mata Keinsafan










Air Mata Keinsafan,
Yang Mengalir dimalam sepi,
Inilah dia pelembut jiwa,
Bagi mendapat kasih Ilahi,

Rintihan dipertiga malam,
Dari seorang hamba yang dhaif,
Kerana mengenang segala dosa,
Moga mendapat keampunan,
Dari Ilahi,
Deraian Air Mata ini,
Titisan yang paling berharga,
Buat menyimbah Api neraka,
Moga selamat di titian sirat,
Bahgia menuju syurga adadi...
Setiap kekasih Allah,
Menempuhi jalan ini,
Untuk mereka memiliki kejayaan......
Ayuh bersama,
Kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini.