June 4, 2009

Bahaya pujian



Hari ini aku mendengar cerita dari seorang sahabat...beliau banyak menyentuh tentang sikap manusia hari ini...Just nak kongsikan bersama sebagai ingatan buat diriku dan semua sahabat yang sudi. Rasanya butiran ceritanya bolehlah dibuat kesimpulan bahayanya pujian manusia kepada individu yang dipuji.... Pujian itu menjadikan kita bangga diri...seolah-olah di alam ciptaan tuhan ini kitalah yang paling cantik..paling seksi..paling apa lagi ye..ketika itu timbul perasaan riak..takbur sehingga kita lupa kepada pencipta kejadian tersebut.Kita lupa bahawa tiada yang layak mendapat pujian kecuali Allah.. Sesungguhnya segalapuji hanya untuk Allah..Maha suci Allah setiap pagi dan petang..Maha suci Allah yang memiliki segala kesucian, ketiggian dan pujian hanya untuknya. Kadang-kadang pujian yang terlampau boleh menyebabkan kita menghina orang lain..kita tenggelam dalam pujian dengan merasakan setiap perjalanan kita dibumi Allah ini disertai dengan rasa angkuh.."mesti orang kata aku ni cantik..segak...seksi..."Kita perlu selalu sentiasa ingat bahawa syaitan akan terus menjerumuskan hati-hati kita untuk menyuburkan sifat-sifat tersebut di dalam hati..kerana semua amalan kita adalah bermula dari seketul daging iaitu hati..Lahiriah...cantik ke..segak ke..semua tidak dinilai..itulah jasad yang dianugerahkan Allah buat kita..Apa yang kita perlu tanamkan dalam hati adalah meninggikan sifat-sifat rendah diri. memanjatkan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah..kerana anugerah Allah..menyuburkan perasaan rasa hina diri..kerana hati penuh dengan sifat-sifat mazmumah...

Ya Allah..sesungguhnya aku ini hina..aku ini alpha...aku ini penuh dengan sifat-sifat mazmumah..aku ini selalu lupa dalam mensyukuri nikmat mu...Ya..Allah sesungguhnya kau lah yang mengetahui segala-galanya..Ampunkanlah segala hambamu ini..Suburkanlah sifat-sifat rendah diri..redha dalam hatiku...Ya Allah hanya kepada mu tempat aku memohon....

Kita bukanlah yang paling layak menilai orang..Ada falsafah mengatakan..hati itu hanya Allah yang tahu..Dan ingatlah buat diri ini dan sahabat, sekali-kali janganlah kita menilai orang dengan luaran..selalulah kita bersangka baik sesama manusia..hanya itu selayaknya buat semua manusia..Ampunkan aku ya Allah....bersambung...

No comments:

Post a Comment

flower Pictures, Images and Photos