June 2, 2009

Nilailah Diri Sebelum Di nilai Allah


Kita sebagai umat islam, perlu selalu menghasabah diri.. Adakah kita telah meningkatkan amalan berbanding setahun lalu..2 atau 3 tahun lalu.. Atau adakah kita sama dulu kini dan selamanya..falsafah ada mengatakan kita akan beruntung jika "hari ini lebih baik dari semalam"..Alangkah baiknya dan hebatnya jika kita boleh mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang mungkin kebiasaannya manusia ini lebih mencari peluang dalam meniti kehidupan dunia yang sementara ini.. berusaha bertungkuslumus untuk merebut peluang dunia yang mungkin datang sekali sahaja...katanya...peluang ni hanya sekali..berpusu-pusu ke hypermarket...ke pasaraya berebut peluang sempena promosi jualan hebat..diskaun sehingga 70%. Cuba sebanyak mungkin jika ada peraduan...cabutan bertuah dan sebagainya.. tetapi bagaimanakah kita merebut peluang yang ada ini untuk kehidupan akhirat yang selama-lamanya..tiada penghujung..jangan kau tanya sampai bila...selamanya..tidak terjangkau fikiran kita..Kita masih lagi diberi peluang untuk hidup di saat ini... masih dianugerahi kesihatan..tenaga fizikal. mental ...rezeki dan lain-lain..yang bermakna Allah yang maha pengasih masih memberi peluang seluasnya untuk kita merebut peluang yang diberi untuk meningkatkan amalan bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan akhirat yang kekal.
Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha penyayang.. Bagaimana jika Allah tarik peluang tersebut..kita masih hidup tetapi sakit..tiada fizikal yang sihat untuk menjalani kehidupan ini..pastinya baru kita sedar...peluang yang Allah beri sewaktu sihat...adalah peluang yang paling besar..yang tidak mungkin dapat diganti...hanya sekali...Diwaktu itu..barulah kita fikir...apakah kita telah menggunakan khudrat sewaktu sihat dengan sebaik-baiknya..Apakah amalan kita yang Allah boleh nilai..Jika Allah telah mengurniakan rezeki kepada kita... berapa banyak rezeki tersebut yang kita telah kongsikan bersama orang-orang yang memerlukan... prihatinkah kita terhadap golongan fakir dan miskin...anak-anak yatim...nilailah sendiri berapa banyak..jika kita tidak menilai...kita akan rugi kerana sebenarnya...setiap bulan gaji yang kita terima sebenarnya...tidak sedikitpun kita kongsikan sebagaimana yang diamanahkan Allah dengan rezeki tersebut...Ooo..gajiku tak banyak pun...nantilah kalau dapat bonus sket...bolehlah nak berderma..itulah alasan-alasan yang berlegar difikiran kita...sedangkan kita tidak pernah berfikir adakah esok masih ada kehidupan buat kita...adakah peluang lagi buat kita untuk bersedekah..Jadikanlah sebahagian amalan kita bersedekah..bersedekah..Jika rezeki kita sikit...sedekahlah sedikit..tetapi sedekah setiap bulan gaji kita..pasti...amalan yang sedikit jika istiqamah lebih baik berbanding yang banyak tetapi tidak berterusan...Begitulan amalan yang lain..kita perlu berubah..supaya lebih baik dari sebelumnya..Jika sembahyang zohor kita hari ini tidak khusyuk...bertekadlah untuk lebih baik di waktu Asar...Jika kita tiada amalan dipertiga malam..cubalah untuk melakukannya esok..berazamlah...Sesungguhnya..ingatlah dunia ini..telah semakin hampir kepenghujungnya..kita seluruh umat ini akan menghadapi kehidupan lain yang kekal..setiap amalan kita akan dinilai...Apakah yang kita bawa..


No comments:

Post a Comment

flower Pictures, Images and Photos