June 24, 2009

Siapa yang lebih menyayangimu....


“Astaghfirullah, aku kata Allah Akbar, Allah Maha Besar, aku mengaku bahawa semua perkara kat dunia ni kecil2 belaka, Allah Yang Maha Besar. Tapi, dalam solatku, masih tidak khusyuk!” mengutuk diri sendiri, selepas solat fardhu pada hari itu.
Kemudian,
Solat fardhu seterusnya,…………………………….
“la.. sama je macam solat sebelum ni! Ingat lagi benda2 lain! Tak khusyuk langsung!”kecewa dengan kesilapan lama.
Susah hendak berubah, lantaran lemahnya kekuatan iman dalam menggerakkan diri untuk berubah!
Begitulah lumrahnya, iman naik dan turun. Bagaimana jika kematian menjemput semasa iman sedang turun?

CINTA ALLAH
‘ku dambakan cintaNya’ ku baca status seorang rakan di ym.
‘ya Allah, kurniakanlah ku cinta Mu’ tulisan dalam blog seseorang.
Ya, Alhamdulillah, syukurku kerana kesedaran orang Islam dalam mencari cinta Allah yang lebih hakiki dan abadi.
SECEBIS KISAH
Firman Allah yang bermaksud;
“pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (‘Abasa:36-37)
begitulah realiti Hari Qiamat, yang dimaklumkan di dalam Al-Quran.


Ulama’ meriwayatkan, mafhumnya;
Pada hari Akhirat, seorang hamba Allah ditimbang amalannya. Hasilnya, masih perlu sedikit lagi kebaikan untuk membolehkannya masuk syurga. Allah berfirman, “carilah saudara-saudara kamu, dan mintalah sedikit kebaikan dari mereka.”
Lalu, si hamba Alllah ini pun merentas padang mahsyar, mencari semula saudara-saudaranya,
“abang Long, Kak Ngah, dulu kat dunia dulu, abang Long, Kak Ngah sayang sangat kat adik, tolong adik jalan-jalan, belikan adik hadiah, sekarang ni, boleh tak adik nak minta sedikit pahala dari abang Long, Kak Ngah?”
“adik, abang Long, Kak Ngah pun takut macam apa yang adik takut,”jawab saudaranya.

Lalu, dia mencari dan menemui ibunya,
“mama, kat dunia dulu, mama sayang sangat kat adik, kan? Kalau adik sakit, mama sanggup tak tidur malam sebab nak jaga adik, adik sayang sangat kat mama. Mama, boleh tak mama bagi kat adik sedikit kebaikan? Adik tak nak masuk neraka! Adik takut!”
“adik, mama pun takut macam yang adik takut,”jawab ibunya, lantas meninggalkannya.

Lalu, dia mencari dan menemui ayahnya.
“papa, adik tau, papa sayang kat adik. Papa selalu belikan kat adik hadiah kalau adik dapat nombor 1. Adik pun sayang kat papa jugak. Boleh tak papa bagi kat adik sedikit kebaikan?”
“adik, papa pun takut macam yang adik takut,”ayahnya menjawab.

Lalu, dia mencari dan menemui isterinya.
“isteriku sayang, abang tau yang sangat cintakan abang,kan? Dulu, susah senang kita bersama, membina mahligai indah bersama-sama, kan? Sama-sama besarkan anak-anak kita yang comel-comel tu. Sayang, boleh tak bagi kat abang sedikit kebajikanmu?”
“bang, yang pun takut macam abang jugak…”balas isterinya.

Lalu, dia bergegas dan menjumpai anaknya.
“anakku sayang, ingat ayah lagi tak? Ayah sayang tau kat acik. Acik pun sayang kat ayah, kan? Ayah ingat lagi, acik sanggup korbankan bermain-main dengan kawan-kawan sebab nak jaga ayah kat hospital. Acik, boleh tak acik bagi kat ayah sikit amalan acik?”
“acik pun takut apa yang ayah takut,”balas anaknya.

Buntu, si hamba ini mengadap Allah.
“ya Allah, aku telah meminta sedikit kebaikan dari saudaraku, tapi, tak seorang pun yang sanggup memberikan kebaikan mereka kepada ku.”

Allah menjawab dengan Rahimnya,”wahai hambaKu, sesungguhnya Ku lebih menyayangimu berbanding mereka. Wahai malaikatKu, kau ambillah hamba Ku ini dan kau masukkanlah dia kedalam syurga.”
ALLAH sayang sangat-sangat kat hambaNya!

PENGAJARAN HADIS
Daripada Anas bin Malik , bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda “Tidak sempurna iman seseorang dikalangan kamu sehingga dia mencintaiku lebih daripada dirinya sendiri, anaknya, keluarganya dan manusia keseluruhannya”
(riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam An-Nasaa’i, Imam Muslim dan Imam Ibnu Majah)
Allah sayangkan kita, tapi bagaimana nak dapatkan kasih sayang Allah? bagaimana nak cintakan Allah?

CARA CINTAI ALLAH
Firman Allah yang bermaksud,
“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (surah Ali ‘Imran:31)
Ikutlah Nabi Muhammad, nescaya, diri ini akan dicintai Allah!
Itulah kata kuncinya.

CABARAN
Badan penat, katil empuk.. tiba-tiba, azan berkumandang..
Teruskan terbaring hingga tertidur, atau terus bangkit dan tunaikan kefardhuan di Masjid?
Ya, Nabi Muhammad menunaikan solat fardhu di masjid!
ya, Nabi Muhammad khusyuk dalam solat!
Nak dapat cinta Allah? Mesti ikut Nabi Muhammad SAW!
Kata-kata mudah dilafazkan dari lidah yang tak bertulang.
Sudah banyak berteori, pelaksanaannya bagaimana?
“ya Allah, ku mengadu kepadaMu tentang imanku yang sering naik dan turun. Kau mudahkanlah diriku mengikuti Nabi Muhammad SAW. Sediakanlah tempat di hatiku untukMu, anugerahkanlah perasaan cintaku kepada Mu.” -ameen- (sumber: http://kalam-puncak.blogspot.com)


No comments:

Post a Comment

flower Pictures, Images and Photos