October 4, 2009

Keagungan Solat


Berikut dipapar beberapa keagungan solat:





  • Solat adalah kewajipan yang pertama setelah ikhlas dan tauhid. Allah berfirman yang bermaksud:"pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya memberi mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."(surah al-Bayyinah 98:5)"
    Nabi s.a.w melakukan bai'ah(sumpah setia) pada solat. Jabir bin Abdullah r.a. berkata,"Aku pernah bersumpah kepada Rasulallah s.a.w. untuk menegakkan solat, menunaikan zakat dan memberi nasihat setiap malam."


  • Solat adalah tiang agama

  • Amalan yang pertama dihisab pada hari qiamat ialah solat.

    Solat berfungsi sebagai penghapus dosa.

  • Allah mengancam keras orang yang mensia-siakan solat.
  • Allah memerintahkan kita untuk meminta pertolongan dan perlindungan kepadanya melalui solat.
  • Api neraka tidak akan membakar bekas sujud orang yang mnegerjakan solat, waktu mereka masuk neraka atas dosa-dosa yang mereka lakukan.
  • Yang membezakan orang-orang Mukmin dan orang-orang munafik pada hari kiamat ialah sujud.

  • Solat adalah penghibur atau buah hati Rasulullah s.a.w.

  • Solat adalah wasiat terakhir Rasulallah s.a.w.

  • Syaitan selalu berusaha memutuskan solat daripada manusia.

Sumber: Isham bin Muhammad al-Syarif, al jam al-Sahih min Ahadith al Nisa'

No comments:

Post a Comment