October 10, 2009

PARA ROH MELIHAT AMALAN ORANG YANG HIDUP

Hari ini saya baru sahaja pergi berziarah ke rumah jiran yang meninggal dunia. Arwah merupakan seorang yang aktif...arwah meninggal selepas menjalani pembedahan "sis". Beliau mengalami komplikasi selepas pembedahan. Kebanyakkan yang mengenalinya terkejut mendengar berita kematiannya tanpa tanda-tanda. Begitulah yang tertulis di luh mahfuz. tidah akan terlewat walau sesaat.Melihat sahaja wajah mayatnya yang tenang itu, maka tersentak hati ini..bagaimana dengan diri saya..jika Allah ambil nyawa...adakah saya telah beramal dengan bersungguh-sungguh untuk hidup diperkampungan roh dan apa yang saya terbaca bahawa roh melihat jasadnya, melihat apa yang diperlakukan ke atas jasadnya dan apa yang diperkatakan tentang jasadnya...Dan Allah juga telah diperlihatkan kepada roh dimanakah tempatnya selepas ini.. saya telah membaca dalam buku bertajuk "Mati suatu peringatan" karangan Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat(Siri 1) yang boleh dikongsikan bersama. Petikan dari buku tersebut dalam bab 29 dimulakan dengan Firman Allah swt, yang bermaksud: "Mereka bakal bertanya kepada engkau(Muhammad) Mengenai roh, katakanlah, bahawa persoalan roh adalah urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan(mengenai roh) melainkan sedikit." - (surah al-Isra ayat 85)

Terdapat beberapa riwayat yang sahih, yang menghuraikan persoalan roh, terutama apabila manusia menemui ajalnya, ke manakah perginya roh setelah manusia mati. Menurut mazhab yang sah berdasarkan hadith Nabi s.a.w., bahawa sekiranya roh yang baik dari kalangan orang-orang beriman, maka Allah SWT perintah malaikat supaya membawa roh tersebut untuk dibawa melihat tempat kediamannya di dalam syurga.

Roh tersebut dapat melihat keindahan syurga yang bakal dihuninya kelak, kesempatan tersebut diberikan oleh Allah SWT sekira-kira urusan memandikan jenazahnya. Sebaik selesai jenazahnya dimandikan dan dikapankan, lalu roh tersebut dihantar semula dan ditempatkan di antara kain kapan dan jasadnya yang sedang terbujur.

Kemudian ketika di atas pengusungan untuk dihantar ke tanah perkuburan, roh mendengar segala percakapan orang ramai yang bercakap tentang kebaikan atau keburukan. Apabila jasad telah dimasukan ke dalam liang lahad, maka ketika itu roh diperintahkan oleh Allah SWT supaya dimasukan semula ke dalam jasadnya, kemudian dia akan dikunjungi oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Sesungguhnya tidak ada orang yang mati melainkan roh tersebut berada di dalam tangan malaikat, roh tersebut melihat jasadnya sendiri yang sedang dimandikan dan dikapankan, dan melihat bagaimana ia diusung ke kubur.

PARA ROH MELIHAT AMALAN ORANG YANG HIDUP

Jika manusia mempuyai kampung halaman, demikian pula roh juga ada kampung halamannya. Manusia mempuyai tradisi pulang kampung, seperti yang sering berlaku setiap menjelang hari raya. Roh pula dimestikan oleh takdir Allah Taala pulang ke kampung halaman mereka iaitu alam akhirat.

Orang kampung sentiasa merindui kepulangan sanak saudaranya, ternanti-nanti di ambang pintu menunggu ketibaan anak-anak tersayang saudara mara dan jiran tetangga, kerana sejak sekian lama belum pernah pulang ke kampung. Demikian pula para roh yang mendapat rahmat di tempatkan oleh Allah SWT di atas langit, sentiasa menunggu kepulangan sanak saudara mereka.

Seorang sahabat bernama Abu Ayub al-Ansari menyatakan, bahawa Rasulullah s.w.t. menceritakan kepadanya, apabila seorang mukmin dari kalangan hamba-Nya yang mendapat rahmat itu mati, maka para roh yang mendapat keredhaan Allah SWT yang ditempatkan di suatu perkampungan para arwah di langit, masing-masing datang menyambut roh orang mukmin yang baru tiba itu.

Mereka saling bertanya khabar, sebagai mana orang-orang kampung yang menyambut kepulangan sanak saudara mereka yang telah lama merantau. Para arwah bagaikan tidak sabar, hendak bertanya berbagai soalan. Tetapi ada di kalangan roh yang meminta agar bertenang dan bersabar, kerana roh ini baru tiba masih penat, berilah peluang untuknya beristirehat kerana dia baru saja melalui berbagai kesengsaraan menghadapi perpisahan roh dari jasadnya.

Apabila roh yang baru tiba itu sudah rehat, maka para roh bergilir-gilir bertanya; bagaimana keadaan si-fulan iaitu saudara mara atau anak-anak yang masih berada di dunia, mereka terlalu ingin mengetahui apa yang mereka lakukan.

Sikap para arwah itu menggambarkan mereka sangat prihatin, terhadap sanak saudara mereka yang masih hidup di dunia. Sebagaimana dia masih hidup di dunia sentiasa mengambil tahu terhadap kebajikan ahli keluarganya, yang sentiasa memimpin ke jalan taat. Mereka tidak senang terhadap tingkah laku yang tidak baik di kalangan keluarganya.

Seolah-olah para roh itu merasa cemas, tentang berbagai kemungkinan yang berlaku terhadap keluarganya sepeninggalanya. Itulah sebabnya dia tidak sabar menanti, lantas mengemukakan berbagai peryataan kepada roh yang baru tiba itu. Gembiralah para roh itu jika dia menerima khabar yang baik tentang kaum keluarganya, dan sebaliknya akan merasa dukacita jika roh yang baru tiba itu membawa khabar yang tidak baik.

Berbagai soalan dikemukakan, malah ada diantara roh itu yang bertanyakan nasib balunya di dunia, adakah dia sudah bersuami lagi. Walhasil segala pertanyaan mereka tidak berbeza seperti pertanyaan orang kampung yang baru menerima kunjungan saudaranya, mereka sentiasa mengajaukan pertayaan terhadap sanak saudara mereka yang baru balik dari perantauan. Semua perkara yang dia ingin tahu, pasti dikemukakanya.

Dalam berbagai soalan, ada di antara mereka yang bertanya mengenai seseorang yang dikenalinya sama ada jirannya atau saudaranya. Tetapi jawab roh yang baru tiba itu, bahawa sebenarnya sifulan itu sudah lama mati. Maka terkejutlah para arwah itu, jika sudah lama mati sepatutnya dia sudah berada bersama mereka di alam rahmat Allah itu.

Misteri ketiadaan roh orang yang sudah lama mati itu disambut dengan ucapan "Inna lilahi wa-inna ilaihi raji'un", apabila Allah SWT tidak menghantar roh sifulan itu bersama-sama dengan roh orang-orang mukmin yang mendapat rahmat itu, bererti bahawa roh tersebut berada di dalam kumpulan roh-roh yang ingkar, bersama-sama dengan roh Fir'aun, roh Abu Jalal dan lain-lain. Tiada tempat lain selain dari berada di dalam sebuah perkampungan lain yang penuh azab.

Para roh orang mukmin itu merasa pilu apabila roh sifulan yang dikhabarkan telah lama mati tidak bersamanya, nasib yang dialami oleh roh tersebut adalah natijah dari perbuatan yang bercanggah dengan perintah Allah. Demikianlah natijah yang dilalui oleh roh orang yang membelakangkan peraturan Allah.

Jika demikian sudah pasti bahwa roh sifulan itu sudah kembali menemui ibunya.Siapakah ibu tempat kembali roh orang yang ingkar itu Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud; "Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya, maka ibunya (tempat kembalinya) adalah Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang tersangat panas." (surah al-Qariah ayat 8 - 11). - Sumber: Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mati Suatu Peringatan



No comments:

Post a Comment

flower Pictures, Images and Photos